SELAMAT DATANG KE BLOG SAZEMA AKA SAHABAT ZELLO MALAYSIA..... Jangan segan-segan untuk melayari blog ini. Bloh ini dikemaskini setiap hari oleh admin SAZEMA.... Banyak paparan dan cerita menarik yang telah dan akan dimasukkan ke blog ini.... Terima kasih kerana kesudian anda melapangkan sedikit masa untuk mengunjungi blog sazema. Jangan lupa tinggalkan pesanan @ komen anda di SAZEMA Chatbox yer...

Saturday, 8 December 2012

Misi Dakwah Ustaz Mohd Fadli di pedalaman Sabah.

Alhamdulillah, Allahuakbar! Insan ke-140 mengikrarkan keIslamannya dengan mengucap dua kalimah syahadah di Kampung Padang sebentar tadi ( 08/12/12 ). Saudara Joseph Bin Siuh, kini Muhammad Yusuf tertarik memeluk Islam sejak menyertai kerja-kerja menebang kayu untuk membina masjid bersama saudara-saudara Islam di sini. InsyaAllah esok atau lusa, isteri dan anak-anak beliau akan menyertainya.

Perjalanan dakwah diteruskan hari ini ke Kampung Sikait dan Pagalungan. Hari ini( 07/12/12 ) rombongan dakwah seramai 32 orang, menggunakan 6 buah perahu besar menyusuri Sungai Longgongon. Alhamdulillah, dapat kami bermesra dengan saudara-saudara kita di Pagalungan dan solat Jumaat di sana.

Gambar: Sessi penggambaran Kembara Dakwah di Pengkalan Kuala Salung. Khabarnya untuk siaran di Astro.

( 05/12/12 ) Alhamdulillah, kira-kira 70 orang saudara-saudara kita di Sepulut bersilih ganti mengangkut kayu menyeberangi jambatan gantung sepanjang 400 meter. Berat seluruh kayu yang berjaya diangkut hari ini dianggar 6 tan. InsyaAllah, pembinaan masjid di Kampung Padang akan diteruskan.

Alhamdulillah...Sebanyak 6654 lot telah diwakafkan untuk pembinaan masjid mualaf di Kampung Padang, Sepulut, sehingga 3 Muharram 1434H, 17 Nov, 2012. 4.57 pm. Tidak dapat saya kemaskini berapa pertambahan seterusnya kerana kawasan pedalaman ini kemudahan internet amat terhad. InsyaAllah saya akan laporkan secepat mungkin apabila kembali ke bandar Keningau Jumaat nanti.

Gambar: Sebahagian kayu yang telah siap untuk digunakan membina masjid.

Bagi yang ingin berkongsi saham akhirat dalam proses dakwah dan mengIslamkan saudara kita di pedalaman Sabah, bolehlah salurkan direct ke akaun ustaz,

164427309874 Mohd Fadli Yusof, Maybank.
14290000431202 Mohd Fadli Yusof, CIMB.
14014020737552 Mohd Fadli Yusof, Bank Islam.
email mfadli11@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...